Celcom Dijangka Memperkenalkan Pelan Pascabayar Baru Esok – RM45 Sebulan Dengan 2GB+2GB+2GB

Celcom Dijangka Memperkenalkan Pelan Pascabayar Baru Esok – RM45 Sebulan Dengan 2GB+2GB+2GB

Diterbitkan pada November 16, 2015 oleh .

Celcom hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan muzik Yonder Music yang akan ditawarkan khusus untuk para pelanggan mereka. Disamping itu, Celcom juga turut menjadualkan sebuah acara media esok untuk memperkenalkan pelan pascabayar baru.

Daripada maklumat awal yang kami terima, Celcom dijangka akan memperkenalkan pelan pascabayar baru dengan langganan RM45 sebulan, dan menawarkan 50 minit panggilan percuma ke semua rangkaian.

Pelan ini juga dijangka akan menawarkan 6GB data internet – namun ia tidak diketahui sama ada Celcom akan menawarkan 6GB ini sepenuhnya dalam bentuk data sahaja, ataupun gabungan dengan Celcom WiFi seperti sebelum-sebelum ini.

Celcom menjadualkan acara media esok untuk memperkenalkan pelan baru mereka, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya esok.


Kemaskini (8.00 malam/16 November) :

Celcom First Blue

Celcom First Blue

Celcom First Blue

Gambar daripada Heroic Gabang


TIPS & ULASAN