Peranti OnePlus Akan Menerima Android 6.0 Marshmallow Pada Suku Pertama 2016

Peranti OnePlus Akan Menerima Android 6.0 Marshmallow Pada Suku Pertama 2016

Diterbitkan pada November 16, 2015 oleh .

Beberapa pengeluar peranti telah mengeluarkan jadual pengenalan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk peranti mereka, dan hari ini OnePlus turut mengumumkan yang mana kemaskini sama akan hadir untuk OnePlus One dan OnePlus 2 pada awal 2016 kelak.

OnePlus Marshmallow

Untuk OnePlus One, kemaskini Android 6.0 Marshmallow akan hadir daripada pihak Cyanogen pada suku pertama 2016 kelak. Sementara untuk OnePlus 2 pula, pihak OnePlus akan mengemaskini OxygenOS – turut pada suku pertama 2016 kelak.

Pihak OnePlus turut mengatakan OnePlus 2 selepas ini akan menggunakan API rasmi Android untuk pengurusan pengimbas cap jari, sekaligus memudahkan pembangun membangunkan aplikasi menggunakan piawaian yang selari untuk semua peranti Android.

Latar masa pengenalan kemaskini serupa untuk OnePlus X masih tidak dikongsikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN