Carian
Kia Menyasarkan Untuk Memperkenalkan Kereta Dipandu Automatik Sepenuhnya Menjelang 2030
November 16, 2015 Aman

Pelbagai syarikat sedia berlumba dalam arena membangunkan kenderaan yang dipandu automatik. Terkini, Kia mengumumkan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan kenderaan yang dipandu automatik sepenuhnya menjelang tahun 2030 kelak.

Kereta KIA

Untuk peringkat awal ini, Kia akan membuat pelaburan mencapai $2 bilion untuk membangunkan teknologi ADAS (Advanced Driver Assistance System) – yang mana akan menjadi asas kepada kenderaan pintar Kia akan datang.

Melalui ADAS ini, ia akan meliputi pelbagai perkara, termasuk pembangunan sensor baru untuk mengenal pasti kenderaan lain di atas jalan raya, mengelak bahaya, serta membaca jalan raya untuk pemanduan. Data yang diperolehi melalui sensor ini juga akan dibaca dengan serta merta untuk membuat keputusan pemanduan sesuatu kenderaan.

Kia juga turut sedang membangunkan beberapa teknologi lain, termasuk HDA (Highway Driving Assist) yang membolehkan kenderaan mengekalkan jarak selamat ketika dipandu di lebuhraya – serta pada masa yang sama kekal pada laluan jalan yang selamat. Satu lagi teknologi yang sedang dibangunkan oleh Kia adalah TJA (Traffic Jam Assist) yang membolehkan kenderaan mengekalkan jarak selamat ketika berada dalam kesesakkan lalu lintas – sekaligus mengurangkan tekanan yang dialami oleh pemandu.

Dengan pelbagai pelaburan pada arena teknologi automotif ini, Kia menyasarkan untuk memperkenalkan kenderaan yang dipandu automatik sepenuhnya ke pasaran menjelang tahun 2030 kelak.

Kia merancang untuk memperkenalkan kenderaan dengan integrasi ADAS ini seawal 2020 yang membawa sebahagian daripada sokongan pemanduan automatik.

Komen