Cari @ Amanz

Perkhidmatan Penstriman, Rdio Akan Ditamatkan – Pandora Membeli Teknologi Dan Aset Disebaliknya

Oleh Aman

Link Copied!

Rdio merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang telah dilancarkan di Malaysia tidak lama sebelum ini. Namun, dengan pelbagai persaingan sengit dalam arena ini – termasuk daripada Spotify, Deezer dan juga Apple Music, kini Rdio dilihat akan menamatkan perkhidmatan mereka.

rdio-malaysia

Aset utama dan teknologi disebalik Rdio akan diambil-alih oleh Pandora, yang mana juga merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang membolehkan pengguna mendengar genre lagu kegemaran mereka berdasarkan kepada pemilihan artis kegemaran.

Kebanyakkan pekerja di Rdio juga dilihat akan kekal bekerja di Pandora kelak dalam usaha menambah-baik perkhidmatan berkenaan. Pengambil-alihan Rdio oleh Pandora juga dilihat bergantung kepada pihak Rdio memfailkan syarikat mereka sebagai muflis di Amerika Syarikat.

Pandora mengatakan pelbagai perkhidmatan dengan jenama Rdio akan ditamatkan di seluruh dunia memandangkan Pandora bukan mengambil-alih operasi perniagaan, tetapi lebih kepada mendapatkan teknologi disebaliknya.


Komen ()