Carian
Asus Berkongsi Senarai Telefon Pintar Yang Akan Menerima Android 6.0 Marshmallow
November 17, 2015 Aman

Asus pada tahun ini agak agresif dalam memperkenalkan beberapa telefon pintar mereka, dan terkini, melalui forum rasmi, Asus berkongsi senarai telefon pintar yang akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow.

Asus Zenfone 2

Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Asus, peranti yang akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow adalah Asus Padfone S, Asus Zenfone 2, Zenfone 2 Deluxe, Zenfone 2 Laser dan juga Zenfone Selfie.

Asus hanya sekadar mengeluarkan senarai peranti yang akan disokong dengan kemaskini Android Marshmallow sahaja, dan tidak memberikan sebarang latar masa pengenalan. Ia juga dilihat Asus tidak menyenaraikan sebarang peranti dibawah Zenfone generasi pertama untuk kemaskini akan datang ini.

Komen