Mahukan Samsung Galaxy S6 Versi Boleh Lipat? Bakal Dilancarkan Di China

Mahukan Samsung Galaxy S6 Versi Boleh Lipat? Bakal Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

Samsung Galaxy S6 ialah antara peranti terbaik sepanjang 2015. Gabungan rekaan premium, spesifikasi tinggi dan kemampuan kamera yang menakjubkan meletakkannya di tangga lima peranti yang paling kami gemari. Tetapi mungkin masih ada di antara pengguna di luar sana mahukan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dengan rekaan klasik. Beberapa peranti boleh lipat seperti Galaxy Folder yang ada di pasaran hanya mempunyai spesifikasi kelas pertengahan dan tidak mampu bersaing dengan peranti utama.

Samsung-SM-W2016-1

Rekaan peranti Samsung SM-W2016 tertiris melalui laman TENAA. SM-W2016 mempunyai skrin 3.9″ SAMOLED 768P, pemproses lapan teras Exynos 7420, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik adalah 16  Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ini adalah spesifikasi yang sama yang boleh ditemui pada sebuah Galaxy S6. Dari segi rekaan peranti Android 5.1 boleh lipat ini memang menyerupai S6. Panel belakang diperbuat daripada kaca dan tubuhnya diperbuat daripada logam. Seperti Galaxy Folder, SM-W2016 turut mempunyai dua skrin. Nampaknya ia akan dilancarkan untuk pasaran China. Seperti biasa peranti dengan rekaan cangkerang boleh lipat sebegini memang tidak akan dijual di Malaysia. Sekiranya anda mahukannya anda perlulah membelinya di luar negara.

Samsung-SM-W2016-2


TIPS & ULASAN