Carian
Pakar Kesihatan Mengesyorkan Peranti Dilengkapi Penuras Sinar Biru Untuk Digunakan Di Waktu Malam
November 17, 2015 Effi Saharudin

Ketagihan manusia kepada peranti pintar kini mencapai tahap yang kronik. Kami mengakui akan terbaring di atas katil selama beberapa jam di waktu malam menggunakan peranti pintar sebelum dapat melelapkan mata. Kadang kala mata sudah mengantuk tetapi kami tetap melawan kerana ketagihan bermain aplikasi permainan. Antara sebab mengapa kita sukar untuk tidur ketika menggunakan peranti pintar di atas katil ialah kewujudan sinar biru dari skrin peranti. Sinar biru ini menghadkan penghasilan hormon tidur melatonin. Lebih lama anda melekap pada peranti pada waktu malam, semakin sukarlah tubuh anda untuk tidur kerana kekurangan melatonin.

64d1023eaa856524bc96761206bab189_original

Professor Paul Gringas dari Evelina Children’s Hospital di London merasakan masalah skrin dengan sinar biru ini semakin kronik. Skrin peranti sekarang semakin terang bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahu mudah membaca di dalam gelap. Akibatnya masalah sukar untuk tidur didapati meningkat dengan mendadak. Beliu mengesyorkan kesemua peranti di pasaran dilengkapi mod khas waktu malam yang menghadkan pengeluaran sinar biru. Dengan mod ini melatonin akan dapat dihasilkan dan tubuh tidak akan mengalami gangguan hormon. Sekiranya anda sukar untuk tidur kini anda tahu mengapa ianya berlaku. Di pasaran sekarang sebenarnya sudah ada beberapa peranti yang mempunyai mod anti sinar biru. Sebagai contoh Xiaomi Redmi Note 2, BenQ F5 dan BenQ T3 adalah tiga peranti di pasaran yang sudahpun mempunyai mod mesra tidur ini.

 

Komen