Everest VR – Mendaki Gunung Everest Menggunakan Peranti Realiti Maya

Everest VR – Mendaki Gunung Everest Menggunakan Peranti Realiti Maya

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

Sejak mula didaki pada tahun 1922, lebih dari 250 individu telahpun meninggal dunia ketika cuba mendaki Gunung Everest. Gunung tertinggi di dunia ini akan menguji kemampuan dan jati diri individu yang cuba menakluknya. Selain mempunyai tahap kesihatan yang baik, pendaki juga perlu mengeluarkan belanja yang tinggi. Oleh kerana dua sebab ini majoriti insan di dunia hanya boleh bermimpi memanjat gunung yang cukup terkenal ini.

Everets-VR

Everest VR ialah sebuah projek yang sedang dibangunkan oleh Solfar, sebuah syarikat yang berpangkalan di Iceland. Projek ini akan memberikan pengguna mendaki ke puncak Everst menggunakan peranti realiti maya. Mereka mengambil 300 000 gambar untuk memberikan pengalaman paling realistik pendakian melalui Khumbu Icefalls, Lhotse Face dan Hillary Step. Enjin grafik Unreal Engine 4 dan kepakaran pereka kesan khas filem Gravity digunakan bagi menghasilkan grafik 3D yang sehampir mungkin kepada realiti. Everest VR dijangka sesuai digunakan bersama Oculus Rift dan HTC Vive. Projek dijangka siap tahun hadapan.


TIPS & ULASAN