Celcom Memperkenalkan Pelan Pascabayar Baru – First Blue RM45 2GB Data, First Gold RM100 4GB Data

Celcom Memperkenalkan Pelan Pascabayar Baru – First Blue RM45 2GB Data, First Gold RM100 4GB Data

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

Celcom hari ini telah memperkenalkan pelan pascabayar baru – yang mana menawarkan pelan pascabayar seperti mana telah tertiris pada malam semalam. Dua pelan baru yang telah dilancarkan oleh Celcom hari ini adalah First Blue dan juga First Gold.

Celcom First

Celcom First Blue merupakan pelan pascabayar pada langganan RM45 sebulan, dimana ia menawarkan pakej internet sehingga 6GB – membawakan gabungan 2GB data, 2GB Celcom Wifi dan juga 2GB data percuma setiap penghujung minggu.


Celcom First Blue
2GB data internet bulanan
2GB data percuma untuk Sabtu dan Ahad (sebulan)
2GB internet percuma Celcom WiFi
50 minit panggilan untuk semua rangkaian
50 SMS untuk semua rangkaian
Yonder Music percuma selama 6 bulan
Internet bawa kehadapan sehingga 2GB


Disamping First Blue, pihak Celcom turut memperkenalkan satu lagi pelan baru, dinamakan sebagai Celcom Gold – yang mana membawa komitmen bulanan sebanyak RM100, dan menawarkan data sehingga 4GB melaluinya.


Celcom First Gold
4GB data internet bulanan
4GB data percuma untuk Sabtu dan Ahad (sebulan)
4GB internet percuma Celcom Wifi
100 minit panggilan untuk semua rangkaian
100 SMS untuk semua rangkaian
Yonder Music percuma selama 12 bulan
Internet bawa kehadapan sehingga 4GB


Pelanggan sedia ada yang ingin beralih ke pelan baru ini boleh lakukannya pada sebarang cawangan Celcom atau BlueCube seluruh negara. Celcom mengatakan mereka akan memulakan pemasaran untuk pakej baru ini bermula hari ini – disamping akan turut lebih aktif memasarkan berkenaan dengan Celcom WiFi kepada pelanggan mereka.


TIPS & ULASAN