Cari @ Amanz

Lenovo hari ini melancarkan Lenovo Vibe X3. Terdapat tiga model berbeza dihasilkan dan setiap satunya mensasarkan golongan yang mementingkan kualiti audio pada peranti pintar. Dua model berprestasi tinggi mempunyai skrin 5.5″ FHD, pemproses Snapdragon 808, RAM 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte. Kemampuan optik dua model ini adalah kamera utama 21 Megapixel (PDAF) dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ini memberikannya kemampuan mengambil video pada resolusi 4K. Bateri berkapasiti 3600 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Kedua-dua peranti dilengkapi cip audio khas yang menyokong sistem audio Dolby Atmos serta pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Pada panel belakang terdapat sebuah pengimbas jari terbina.

Lenovo-Vibe-X3-1

Model ketiga adalah versi mampu milik yang menggunakan pemproses MediaTek, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte. Kemampuan optik dikurangkan kepada 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri juga lebih kecil iaitu 3400 mAh sahaja.Seperti dua model Vibe X3 di atas, model ini menyokong sistem audio Dolby Atmos dan mempunyai pegimbas cap jari. Ketiga-tiga model akan mula dijual bermula 24 November ini di China. Harga jualan adalah 2999 Yuan (~RM 2061) untuk model 64 Gigabyte, 2499 Yuan (~RM 1700) untuk model 32 Gigabyte dan 1899 Yuan (~RM 1300) untuk model yang menggunakan pemproses MediaTek.

Lenovo-Vibe-X3-2-Mediatek

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd