Google Dilaporkan Dalam Pembangunan Google Glass Tanpa Skrin

Google Dilaporkan Dalam Pembangunan Google Glass Tanpa Skrin

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

Google Glass merupakan kaca mata pintar yang dibangunkan oleh Google, dan telah diperlihatkan beberapa tahun lepas. Menggunakannya, ia memudahkan pengguna mengetahui kemaskini semasa terus melalui skrin pada kaca mata, disamping turut mengintegrasikan beberapa kemudahan lain melaluinya.

Google Glass

Pembangunan Google Glass boleh dikatakan agak senyap akhir-akhir ini, dan kini ia dilaporkan Google dalam fasa membangunkan semula dan memberikan nafas baru untuk kaca mata pintar mereka dibawah nama Project Aura.

Dibawah Project Aura, sekurang-kurangnya dua buah peranti berbeza sedang dibangunkan. Yang pertama, seperti asal, memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan hadir dengan sebuah skrin seperti versi asal.

Menariknya, satu lagi versi yang sedang diuji oleh Google adalah menyasarkan pengguna aktif (bersukan), dimana ia tidak menyertakan sebarang skrin, dan bergantung kepada audio. Ia dikatakan menggunakan sokongan bone conduction untuk tujuan audio.

Maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi. Tetapi ia merupakan suatu perkara yang menarik untuk melihat Google masih aktif membangunkan projek Google Glass.


TIPS & ULASAN