Cari @ Amanz

Xiaomi Mi5Xiaomi agak aktif akhir-akhir ini, dan kini mereka dilihat menjadualkan acara pelancaran untuk produk baru mereka pada 24 November 2015 kelak. Apakah yang akan diumumkan masih tidak dikongsikan oleh Xiaomi, tetapi pengeluar peranti dari China berkenaan dijangka mengumumkan Xiaomi Mi5.

Xiaomi sering memperkenalkan telefon pintar flagship mereka pada penghujung tahun, dan beberapa desas-desus sebelum ini telah mengatakan Xiaomi akan menggunakan cip Snapdragon 820 pada telefon pintar baru mereka kelak.

Apakah kejutan lain yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya, tetapi kita boleh melihat Xiaomi menawarkan spesifikasi yang tinggi pada peranti berkenaan, dilengkapi dengan antaramuka Xiaomi MIUI7.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Xiaomi pada 24 November 2015 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd