EA Ingin Hadir Dengan Permainan Aksi Dunia Terbuka Seumpama Assassin’s Creed

EA Ingin Hadir Dengan Permainan Aksi Dunia Terbuka Seumpama Assassin’s Creed

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

EATerdapat beberapa permainan berbentuk aksi dunia terbuka yang agak popular, seperti GTA dan juga Assassin’s Creed. Namun, dibawah EA, boleh dikatakan tiada permainan sebegitu, dan kini dikatakan EA sedang melihat kepada arena tersebut.

EA dilihat untuk berminat hadir dengan permainan aksi dunia terbuka seumpama Assassin’s Creed. EA sendiri mengatakan mereka tidak pernah beroperasi dengan permainan seumpamanya, dan berminat terhadap arena tersebut. EA telah sedia mengambil Jade Raymond dari Ubisoft untuk membangunkan permainan genre aksi dibawah studio baru EA, Motive Studios.

Seperti biasa, apakah permainan yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya – berkemungkinan pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN