Asus Malaysia Memberi Petanda Bakal Memasarkan Asus VivoWatch Tidak Lama Lagi

Asus Malaysia Memberi Petanda Bakal Memasarkan Asus VivoWatch Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 17, 2015 oleh .

Asus Malaysia pada minggu ini telah mula memberikan beberapa teaser untuk produk baru mereka yang bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, Asus memperlihatkan mereka akan memasarkan Asus VivoWatch di Malaysia.

Asus VivoWatch

Asus VivoWatch memfokuskan kepada mereka yang aktif sepanjang hari, dimana menggunakannya, ia boleh memantau beberapa perkara, termasuk langkah perjalanan, kadar denyutan jantung, memantau kualiti tidur dan beberapa yang lain.

Berbeza dengan ZenWatch, Asus VivoWatch ini menggunakan sistem operasi tersendiri, dan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Asus VivoWatch

Pihak Asus Malaysia masih tidak mengumumkan bilakah akan memasarkannya – namun, melihat daripada perkongsian di laman sosial mereka, mungkin kita akan lihat pelancarannya dilakukan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN