Pushbullet Pro Diperkenalkan – Mengehadkan Penawaran Percuma Sebelum Ini

Pushbullet Pro Diperkenalkan – Mengehadkan Penawaran Percuma Sebelum Ini

Diterbitkan pada November 18, 2015 oleh .

Pushbullet merupakan salah satu perkhidmatan dan aplikasi yang diminati ramai pengguna Android, memudahkan untuk pengguna menghantar teks, pautan, gambar dan sebagainya dari satu peranti ke yang lain – termasuk ke komputer. Ia sehingga kini ditawarkan secara percuma sepenuhnya, tetapi bakal berubah bermula Disember ini dengan pengenalan Pushbullet Pro.

Pushbullet Pro

Pushbullet Pro merupakan perkhidmatan berbayar daripada Pushbullet, dimana melaluinya mereka menawarkan pelbagai ciri-ciri tambahan yang mana tidak terdapat pada perkhidmatan percuma. Pushbullet juga turut menekankan yang mana beberapa fungsi yang ditawarkan secara percuma sebelum ini akan dihadkan dan dikhususkan untuk Pushbullet Pro ini sahaja.

Pihak Pushbullet mengatakan yang mana pengenalan perkhidmatan berbayar ini diperlukan untuk menangguhkan kos mereka, disamping mereka tidak ingin menjual data pengguna dengan memaparkan iklan dan sebagainya.

Melalui Pushbullet Pro, antara fungsi yang terdapat padanya adalah termasuk sokongan mengakses dan membalas SMS menggunakan komputer, fungsi salin-dan-tampal universal, dan tiada had untuk menghantar mesej melalui WhatsApp, KIK dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan Pushbullet Pro ini pada harga langganan bulanan $4.99 atau tahunann $39.99. Pihak Pushbullet akan mula mengecaj pengguna bermula 1 Disember kelak untuk Pushbullet Pro ini.

Layari : Pushbullet Pro


TIPS & ULASAN