Cari @ Amanz

Google Play Store merupakan kedai aplikasi Google untuk platform Android, membolehkan para pembangun aplikasi menerbitkan aplikasi mereka secara percuma atau berbayar, atau menyertakan pembelian-dalam-aplikasi. Google menawarkan kawalan harga jualan aplikasi untuk setiap pasaran secara berbeza, dan hari ini telah membuat beberapa perubahan.

Google hari ini mengumumkan akan mengurangkan kadar harga jualan minima, sekaligus membolehkan para pembangun menetapkan harga jualan yang lebih rendah untuk aplikasi atau pembelian-dalam-aplikasi.

Untuk pasaran Malaysia, Google sebelum ini menetapkan RM3.50 sebagai harga minima, tetapi kini ia dikurangkan menjadi RM1.

Pengurangan harga ini juga dilihat akan membolehkan lebih ramai pengguna tempatan membuat pembelian tanpa terbeban dengan harga tinggi untuk sesuatu perkara, selain memudahkan pembangun mengoptimasikan harga penawaran yang lebih rendah dan menghasilkan lebih pendapatan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd