Sony telah menjanjikan bakal membawa masuk konsol permainan PlayStation 4 dengan storan sebesar 1TB ke pasaran Malaysia tidak lama sebelum ini. Namun, beberapa minggu lepas, Sony mengatakan mereka mengalami penangguhan sementara, dan akhirnya kini konsol baru tersebut telah pun mula ditawarkan di Malaysia.
Konsol terbaru ini tidak membawakan sebarang perubahan drastik, selain daripada hanya menawarkan penawaran storan yang sekali ganda – iaitu 1TB berbanding dengan hanya 500GB sebelum ini.
Disamping itu, ia mengekalkan pelbagai perkara lain, dan hadir dengan satu alat-kawalan, dan menyokong pelbagai fungsi popular pada PlayStation 4 dan permainannya.
Di Malaysia, PlayStation 4 1TB ini dijual pada harga RM1799 dan boleh didapati di pengedar rasmi Sony seluruh negara. Konsol PlayStation 4 500GB pula kini membawakan tanda harga RM1549.