Cari @ Amanz

Huawei pada tahun ini telah memperkenalkan Huawei Mate S dengan ciri-ciri dan rekaan yang premium. Nampaknya, selain daripada Huawei Mate S, pihak Huawei juga turut mempunyai satu lagi peranti baru dibawah keluarga Mate yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Huawei Mate 8

Melalui gambar tertiris yang hadir ke arena web, ia dikatakan sebagai Huawei Mate 8 – dan hadir dengan rekaan yang premium, termasuk penggunaan bingkai berasaskan logam. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, serta masih mengekalkan penggunaan mikro-USB untuk tujuan pengencasan.

Dari segi spesifikasi, mengikut desas-desus sebelum ini, Huawei Mate 8 dijangka membawakan skrin bersaiz 6-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Kirin 950 – serta bateri yang berkapasiti lebih besar berbanding Mate S.

Huawei Mate 8

Huawei Mate 8

Huawei dikatakan akan memperkenalkan ia pada penghujung bulan ini. Ia tidak diketahui sama ada nama akhirnya akan kekal sebagai Mate 8 atau menggunakan nama baru. Dan ia juga masih menjadi tanda tanya mengapakah pihak Huawei ingin hadir dengan satu lagi peranti dibawah keluarga Mate dalam tempoh yang singkat berbanding pengenalan Mate S sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd