Cari @ Amanz

Konsol klasik seperti Sega Genesis, Super Nintendo dan Atari 2600 adalah sebab mengapa kami menjadi seorang pemain konsol tegar sekarang. Sejak dari usia 6 tahun lagi kami sudah menghabiskan ribuan jam melekat pada kayu kawalan dan mengawal watak di skrin TV. Malangnya kebanyakan konsol klasik di dalam koleksi kami sudah tidak boleh digunakan kerana faktor usia. Ada yang sudah terbakar, ada yang mengalami kerosakan pemacu CD dan ada juga yang dimamah lipas. Oleh sebab itu konsol-konsol klasik yang kami miliki kini hanya menjadi hiasan ruang tamu yang tidak boleh dimainkan lagi. Alangkah baiknya jika ada tempat kami boleh bermain konsol lama untuk melepaskan rindu.

Game-Over-Cafe-2

Sekiranya ada tinggal di Plymouth, United Kingdom anda bernasib baik. Game Over Cafe ialah kedai kopi yang menawarkan perkhidmatan menyewa konsol klasik. Ianya dibuka oleh Steve Lowe, seorang pengumpul permainan video bulan lalu. Beliau menyedari koleksi permainan beliau mengumpul debu dan ramai teman beliau kerap datang ke rumah untuk bermain. Dari membiarkan koleksi konsol berusia 30 tahun beliau tidak digunakan. Game Over Cafe dibuka. Anda boleh bermain menggunakan konsol klasik Atari 6200, ZX Spectrum dan Commodore 64. Konsol paling terbaru yang boleh disewa ialah PlayStation 3 dan Xbox 360. Setiap sesi permainan selama dua jam dikenakan bayaran £5 (~RM33) tidak termasuk minuman.

Ini ialah idea kafe yang sangat baik? Sekiranya dibuka di Malaysia pastinya akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia turut akan memberikan kelainan di dalam dunia kedai kopi mahal yang kesemuanya nampak serupa tanpa sebarang keunikan.

Game-Over-Cafe-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd