Figment – Cangkerang iPhone Dengan Cermin Mata Realiti Maya Terbina

Figment – Cangkerang iPhone Dengan Cermin Mata Realiti Maya Terbina

Diterbitkan pada November 18, 2015 oleh .

Google Cardboard adalah cermin mata realiti maya paling murah yang boleh anda miliki. Ia boleh dipasang dalam masa beberapa minit dan membolehkan anda menikmati video VR Youtube. Masalah yang kami alami ketika menggunakan Cardboard ialah ianya tidak tahan lasak. Selepas enam bulan penggunaan ia mula tertanggal dan tidak menyokong kesemua peranti Android yang ada di pasaran. Kerana saiznya yang agak besar ianya juga tidak mudah untuk dibawa kemana-mana. Cermin mata VR lain seperti Samsung Gear VR juga mempunyai masalah yang sama.

Figment-VR-2

Figment ialah cangkerang iPhone yang mempunyai cermin mata realiti maya terbina. Yang membuatkan Figment unik ialah saiznya yang kompak. Dua lensa kaca yang diperlukan untuk mendapatkan mod realiti maya boleh dilipat kemas apabila tidak diperlukan. Ianya juga akan terkeluar secara automatik dengan hanya menekan sebuah butang. Ianya juga mungkin kit realiti maya paling mudah alih yang ada di pasaran. Figment diperbuat daripada aluminium dan polikarbonat untuk memastikan peranti dapat menahan hentakan dan pada masa yang sama mengurangkan berat keseluruhan. Ia direka khas untuk iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus. Harga jualan bermula dari $49 (~RM 215) sebuah.

Figment VR 1


TIPS & ULASAN