Facebook Akan Memberi Amaran Kepada Ibu Bapa Yang Apabila Memuat Naik Gambar Anak

Facebook Akan Memberi Amaran Kepada Ibu Bapa Yang Apabila Memuat Naik Gambar Anak

Diterbitkan pada November 18, 2015 oleh .

Berkongsi gambar anak di Facebook ialah sesuatu yang tidak kami lakukan. Ini adalah kerana pertama sekali dunia sekarang dipenuhi insan yang memuaskan nafsu dengan melihat gambar kanak-kanak. Gambar yang dimuat naik ini kemudian menjadi modal melepaskan nafsu serakah mereka. Kedua ialah gambar anak tidak perlu dikongsi kerana akui sahaja ianya hanya menjengkelkan teman anda. Akhir sekali kami percaya kepada konsep ‘Ain iaitu pandangan jahat yang mendatangkan mudarat kepada anak kecil. Kepada yang gemar memuat naik gambar anak anda mungkin perlu berfikir banyak kali sebelum melakukannya di masa hadapan.

Pemuat-Naik Gambar Baru Di Facebook

Tetapi kepada ibu bapa yang ingin terus memuat naik gambar, Facebook akan memberikan amaran sebelum anda melakukannya di masa hadapan. Jay Parikh, presiden bahagian kejuruteraan Facebook mengumumkan fungsi ini akan diwujudkan di masa hadapan. Sistem pengenalan wajah yang digunakan sekarang akan mengesan wajah anak kecil yang dimuat naik. Ia kemudian akan melihat sama ada anda pernah berkongsi gambar mereka untuk tatapan umum. Sekiranya tidak amaran akan diberikan untuk menetapkan gambar kepada tetapan peribadi ataupun kumpuan tertentu sahaja. Fungsi ini masih dalam ujian dan tidak pula diketahui bilakah ia akan diaktifkan.

Algoritma pengesanan wajah Facebook juga akan digunakan untuk mengenal pasti gambar yang melanggar polisi mereka (seperti gambar lucah dan ganas) secara automatik dan pantas. Penggunaan sistem pengenalan automatik ini adalah amat diperlukan kerana setiap hari 2 Billion gambar dimuat naik ke laman media sosial ini. Adalah mustahil untuk pekerja Facebook untuk melihat kesemua gambar dan memastikan ianya sesuai ditonton oleh umum.

 


TIPS & ULASAN