Carian
Nikon Mengumumkan Pembangunan Kamera DSLR Profesional Generasi Baru – Nikon D5
November 18, 2015 Aman

Nikon D4 merupakan salah satu kamera digital SLR yang diguna-pakai oleh ramai jurugambar profesional sehingga ke hari ini. Meneruskan tradisinya, kini pihak Nikon mengumumkan mereka dalam fasa pembangunan kamera profesional generasi baru seterusnya, iaitu Nikon D5.

Disamping itu, pihak Nikon turut mengatakan mereka turut sedang membangunkan Wireless Transmitter WT-6 dan juga Speedlight SB-500 untuk diperkenalkan tidak lama lagi.

Pihak Nikon tidak mengumumkan apakah spesifikasi yang akan dibawakan oleh kamera Nikon D5 ini kelak, selain turut tidak mengatakan bilakah ia akan dilancarkan atau harga jualannya kelak.

Melalui jangkaan awal, ramai menyasarkan pihak Nikon mungkin memperkenalkan kamera digital SLR profesional ini seawal tahun hadapan.

Komen