Cari @ Amanz

Pada telefon pintar, salah satu perkara yang menggunakan ruangan storan yang banyak adalah gambar yang dirakamkan menggunakan kamera. Kini, Google Photos dikemaskini dengan sokongan untuk memudahkan pengguna memadam gambar-gambar yang telah dibuat salinan ke Google Photos dengan mudah – di Android.

Google Photos merupakan aplikasi memfokuskan kepada storan gambar, selain hadir dengan ciri-ciri pintar untuk memudahkan carian gambar yang telah disimpan, selain turut menjadikan gambar lebih menarik melalui fungsi Assistant.

Google Photos

Melalui kemaskini baru aplikasi berkenaan, Googel Photos kini memudahkan pengguna mengosongkan ruangan – dimana pengguna boleh mengaktifkan fungsi dinamakan “Free up Space”, yang mana akan memadam gambar-gambar pada telefon anda yang telah disimpan pada Google Photos.

Gambar yang telah dibuat salinan ke Google Photos sahaja akan dipadam – sekaligus mengelakkan pengguna terpadam sebarang gambar tanpa sengaja dan kehilangan memori berkenaan.

Kemaskini baru ini akan diperkenalkan untuk pengguna Android seluruh dunia secara berperingkat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd