iPad Pro Dilaporkan Bermasalah – Gagal Berfungsi Selepas Dicas

iPad Pro Dilaporkan Bermasalah – Gagal Berfungsi Selepas Dicas

Diterbitkan pada November 18, 2015 oleh .

iPad Pro ialah tablet terbesar dan paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Apple. Ia direka khas untuk golongan kreatif untuk menghasilkan karya seni dengan bantuan Apple Pencil. Ia mula dijual di Malaysia sejak minggu lalu dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Seperti biasa apabila peranti baru diperkenalkan pasti akan muncul beberapa masalah yang dialami sebilangan kecil pengguna. iPad Pro juga nampaknya mengalami masalah yang sama.

Apple iPad Pro

Beberapa pemilik iPad Pro melaporkan di laman rasmi Apple bahawa tablet mereka gagal berfungsi selepas dicas. Sebagai contoh seorang pemilik mengecas iPad Pro beliau sebelum tidur. Apabila beliau bangun di waktu pagi skrin peranti tidak boleh dihidupkan. Beliau terpaksa melakukan hard reset sebelum peranti berfungsi semula seperti biasa. Masalah kegagalan berfungsi ini berlaku sekali lagi apabila peranti dicas di waktu malam. Ada juga pengguna lain yang merungut iPad Pro gantian yang diberikan oleh Apple selepas tablet pertama beliau mempunyai masalah turut mengalami masalah yang sama. Tidak diketahui apakah penyebab masalah ini kerana agak aneh ia hanya berlaku apabila peranti dicas.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama satu-satunya cara penyelesaian sekarang ialah melakukan hard rest. Ini dilakukan dengan menekan butang kuasa dan home secara serentak selama 10 saat. Tablet ini akan beroperasi dengan sempurna selepas ini. Pihak Apple sudah dimaklumkan mengenai masalah ini dan sedang mencari jalan penyelesaian.


TIPS & ULASAN