Cari @ Amanz

Jepun ialah sebuah negara yang homogenus dengan majoriti penduduk bercakap menggunakan bahasa Jepun. Tahap penguasaan bahasa asing di negara kelahiran Doraemon ini adalah agak rendah.Mengikut kajian English First, Jepun terletak di tangga ke lima di belakang Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan India dalam penguasaan bahasa Inggeris. Sekiranya anda ke Jepun antara tips yang diberikan ialah menggunakan aplikasi Google Translate bagi memudahkan anda mendapatkan bantuan.

Megaphoneyaku-1

Di Lapangan Terbang Tokyo Narita sebuah pembesar suara dengan kemampuan mengalih basa secara automatik sedang diuji. Megaphoneyaku yang dibangunkan oleh Panasonic mengalih bahasa Jepun yang diucapkan pengguna ke tiga bahasa iaitu Inggeris, Korea dan Mandarin. Pengguna perlu bercakap dalam bahasa Jepun terlebih dahulu. Sistem komputer Megaphoneyaku kemudian akan menganalisa apa yang diucapkan dan melakukan penterjemahan. Pembesar suara ini dicipta selepas kakitangan lapangan terbang mengalami kesukaran berhubung dengan penumpang warga asing ketika insiden salji tebal tahun lalu. Dengan adanya pembesar suara yang mampu mengalih bahasa ini, kejadian seperti ini dapat dielakkan dari berlaku di masa hadapan. Sebuah inovasi yang menarik. Peranti “pengalih bahasa universal” yang dahulunya fiksyen sains filem Star Trek kini semakin hampir menjadi realiti

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd