Cari @ Amanz

iFlix iOSiFlix telah memperkenalkan sokongan untuk memuat-turun kandungan siri-TV dan juga filem pada perkhidmatan berkenaan untuk ditonton secara luar-talian (offline) pada Android sebelum ini. Hari ini, fungsi sama turut diperluaskan kepada para pengguna peranti iOS, iaitu di iPad dan juga iPhone.

Melalui kebolehan muat-turun ini, pengguna boleh menyimpan pelbagai siri-TV dan filem untuk ditonton pada peranti mudah-alih mereka tanpa perlu risau akan penggunaan data internet telekomunikasi.

Buat masa ini, bukan semua kandungan yang menyokong sokongan offline. Namun, sejumlah besar boleh dikatakan menyokongnya, dan memaparkan ikon muat-turun pada bahagian tepi senarai episod atau filem. Pengguna kemudian boleh memilih kualiti video yang dikehendaki untuk dimuat-turun dan ditonton.

Setiap video yang dimuat-turun boleh disimpan selama tujuh hari lamanya. Namun, ia akan hanya bertahan selama 2 hari selepas mula dimainkan, dan pengguna boleh memuat-turun maksima 10 episod atau filem pada sesuatu masa.

Sebuah tab khusus dinamakan My Downloads turut disediakan untuk pengguna melihat apakah kandungan yang telah dimuat-turun oleh mereka pada iFlix.

Bagi pengguna iPhone dan iPad, anda boleh memuat-turun versi terbaru iFlix di Apple AppStore, dan menikmati sokongan offline ini.

Terima kasih Sidek untuk tips awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd