Hasbro merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran permainan. Terkini, mereka memperkenalkan keluarga produk baru dibawah jenama Joy For All, dimana melaluinya, pihak Hasbro menawarkan sebuah kucing robotik dan menyasarkan pengguna yang berusia.
Kucing robotik ini hadir dengan rekaan seumpama kucing betul, mempunyai bulu, mengeluarkan bunyi, dan memberikan respon terhadap sentuhan pengguna. Untuk membolehkan ia mengesan sentuhan pengguna, kucing robotik ini hadir terbina dengan pelbagai sensor pada bahagian berbeza, sekaligus memberikan gerakan dan balasan seumpama kucing sebenar.
Hasbro hanya memasarkan kucing ini di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan membawakan tanda harga $99.99 (~RM436) “seekor”.
- Meruah = membuang air besar (kecil), berak, kencing;