Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk hadir dengan versi Android tanpa penambahan antaramuka yang drastik seperti ColorOS, dan lebih menyerupai AOSP. Hari ini, mereka memperkenalkannya secara rasmi dibawah nama Project Spectrum, dan menawarkan versi pembangunan untuk Oppo Find 7.

Oppo-AOSP

Walaupun menawarkan antaramuka natif, dan tidak menyertakan penambahan yang tidak disukai pengguna – pihak Oppo masih mengekalkan beberapa fungsi khusus mereka. Antara perkara yang dikekalkan adalah termasuk sokongan ColorOS Camera yang menyokong rakaman dalam bentuk HDR, GIF, serta Expert Mode. Pihak Oppo turut menyertakan sokongan MaxxAudio, disamping membolehkan pengguna untuk dwi-tap untuk mengaktifkan skrin – atau membuat lakaran “O” untuk mengaktifkan kamera daripada lockscreen.

Project Spectrum juga mengekalkan sokongan pengecasan pantas mereka – VOOC.

Buat masa ini, Project Spectrum hanya ditawarkan untuk Find 7 dan Find 7a sahaja. Pihak Oppo menyasarkan untuk memperkenalkan ia kepada lebih banyak peranti tidak lama lagi.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun versi pembangunan yang dilabelkan sebagai Beta hari ini, dan mencuba sendiri pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd