Cari @ Amanz

Celcom hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan Yonder Music untuk para pelanggan mereka, menawarkan penstriman muzik daripada pilihan lebih 20 juta lagu melaluinya. Daripada perkongsian kami sebelum ini, ramai yang bertanyakan mengenai mengapakah pihak Celcom memilih Yonder Music dan bukannya perkhidmatan lain – dan jawapannya adalah kerana Axiata telah membuat pelaburan padanya.

Yonder Music

Yonder Music

Axiata membuat pelaburan berjumlah $10 juta (~RM43 juta) pada suku tahun 2015 yang lepas, untuk sejumlah pegangan pada Yonder Music. Pihak Yonder menekankan yang mana Axiata tidak memegang pegangan majoriti (>50%), sebaliknya merupakan pelabur dengan pegangan terbesar pada syarikat berkenaan.

Yonder Music menawarkan kemudahan untuk pengguna mengikuti pelbagai lagu daripada artis tempatan mahupun antarabangsa, selain turut menyediakan beberapa kandungan eksklusif melaluinya. Perkhidmatan ini akan ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Celcom, dan ia akan dipakejkan bersama-sama pelan internet Celcom dan juga Xpax.

Yonder Music

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd