Ujian Ketahanan Menunjukkan Apple Pencil Sukar Dipatahkan

Ujian Ketahanan Menunjukkan Apple Pencil Sukar Dipatahkan

Diterbitkan pada November 19, 2015 oleh .

Apabila Apple Pencil diumumkan beberapa bulan yang lalu video yang menunjukkan ia perlu dicas dengan menyambungnya ke bahagian bawah iPad Pro. Ramai yang merasakan kaedah pengecasan ini bukan sahaja kurang praktikal malahan mendedahkan Pencil kepada bahaya kerosakan. Oleh sebab itu penyesuai khas untuk pengecas disertakan dengan setiap pembelian stylus ini. Hari ini sebuah video menunjukkan tahap ketahanan Pencil di dalam beberapa ujian lasak. Kami harus akui kagum dengan tahap ketahanannya. Kepada yang bercadang membeli Pencil anda tidak perlu risau stylus yang berharga hampir RM500 ini mudah rosak. Harga premium yang dikenakan setanding dengan tahap binaannya yang mampu “diseksa” teruk oleh pengguna dalam penggunaan harian.


TIPS & ULASAN