Maxis 4G LTE Kini Meliputi Lebih 62% Kawasan Berpenduduk, Lebih 70% Mengikut Piawaian Digi

Maxis 4G LTE Kini Meliputi Lebih 62% Kawasan Berpenduduk, Lebih 70% Mengikut Piawaian Digi

Diterbitkan pada November 19, 2015 oleh .

Maxis hari ini membuat program tahunan mereka, dimana meminta lebih kurang 2400 pekerja mereka membuat ujian rangkaian di seluruh negara untuk tempoh 24 jam seterusnya, dan berkongsi keputusan berkaitan dengan ujian tersebut. Bersama-sama program tahunan ini, pihak Maxis turut berkongsi beberapa kemaskini berkaitan dengan rangkaian mereka.

Maxis 4G LTE

Maxis 4G LTE

Menurut Maxis, mereka lebih memfokuskan kepada penawaran rangkaian yang berkualiti dan stabil kepada pengguna mereka. Maxis mengira piawaian liputan rangkaian 4G LTE mereka menggunakan kekuatan signal -98dBm (yang mana dikatakan lebih kurang kepada 3 atau 4 bar pada telefon). Ia dikatakan membawakan kualiti rangkaian dan kelajuan 4G LTE lebih baik berbanding dengan apa yang digunakan oleh Digi iaitu sekitar -110dBm (sekitar dua bar pada telefon).

Maxis turut menekankan dengan penggunaan kekuatan signal -98dBm untuk piawaian, ia memastikan pengguna mendapatkan rangkaian yang konsisten , berbanding penggunaan kekuatan signal pada kadar -110dBm.

Daripada data Ookla pada bulan Oktober 2015 yang lepas, rangkaian 4G LTE daripada Maxis mempunyai kadar muat-turun melangkaui 20Mbps hampir 80% daripada masa sepanjang hari.

Maxis 4G LTE

Maxis 4G LTE

Dari segi liputan untuk kawasan berpenduduk, mengikut piawaian Maxis pada kadar -98dBm, Maxis kini meliputi lebih kurang 62% kawasan seluruh negara. Namun, pada masa yang sama, Maxis turut mengatakan jika ia dilihat daripada penggunaan piawaian -110dBm seperti yang dilakukan Digi, maka liputan kawasan Maxis mencapai lebih daripada 70%.

Maxis mengatakan mereka akan mengekalkan fokus terhadap penawaran kualiti dan kawasan liputan 4G. Pada hari ini, lebih kurang 2.2 juta penguna menggunakan rangkaian 4G LTE daripada Maxis – meliputi pengguna rangkaian prabayar dan juga pascabayar mereka.


TIPS & ULASAN