Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Untuk Android Sedang Diuji

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Untuk Android Sedang Diuji

Diterbitkan pada November 19, 2015 oleh .

Jalan-jalan Cari Makan merupakan salah satu program popular memfokuskan makanan dan restoran menarik untuk dikunjungi di kaca televisyen, dan telah ditayangkan sejak beberapa tahun lepas, dan masih ditayangkan setiap minggu. Terkini, dengan perkembangan arena digital, Jalan-Jalan Cari Makan juga dilihat akan ditawarkan dalam bentuk aplikasi.

Jalan-Jalan Cari Makan

Melalui aplikasi JJCM yang sedang diuji untuk Android, ia dilihat ingin memudahkan pengguna menemui restoran menarik – yang telah pernah diperlihatkan dalam rancangan berkenaan. Aplikasi ini menggunakan fungsi geolokasi untuk memperlihatkan restoran berhampiran yang boleh dikunjungi.

Setiap penyenaraian restoran juga hadir dengan paparan info berkenaan makanan menarik untuk dicuba, dan juga nombor telefon. Aplikasi ini masih dilabelkan sebagai beta – dan tidak memaparkan gambar restoran atau makanan buat masa ini.

Melalui penerangan yang disediakan pada halaman aplikasi JJCM untuk Android ini, ia turut dikatakan pengguna boleh membuat tempahan restoran dan mengaktifkan fungsi pembayaran dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan secara rasmi. Tetapi jika mereka mengimplementasikan fungsi berkenaan seperti yang digambarkan, maka mungkin kita akan melihat aplikasi JJCM ini sebagai salah satu produk digital berjaya daripada pihak Media Prima – apatah lagi dengan kuasa pemasaran pihak Media Prima dalam arena penerbitan.

Muat-Turun JJCM Beta untuk Android


TIPS & ULASAN