Cari @ Amanz

Ada kalanya anda ingin membuat aduan berkenaan kerosakkan jalan raya, atau berkaitan lampu isyarat, atau sampah dan lain-lain – tetapi proses yang sukar atau tidak diketahui membuatkan anda membatalkan hasrat berkenaan. Kini, dalam memudahkan pengguna membuat aduan, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan aplikasi dinamakan CaknaKPKT.

CaknaKPKT Android

CaknaKPKT Android

Aplikasi CaknaKPKT ini ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini, dimana menggunakannya anda boleh membuat aduan berkaitan dengan pelbagai perkara melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT seperti majlis bandaraya).

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh menghantar aduan semasa dengan tap pada jenis aduan – dan aplikasi ini akan menarik data seperti lokasi semasa. Pengguna seterusnya boleh menambah gambar pada aduan untuk memudahkan mesej disampaikan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun aplikasi CaknaKPKT ini, dan menggunakannya dalam menghantar pelbagai aduan berkaitan infrastruktur sekeliling terus kepada pihak berkuasa dengan mudah dan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd