Carian
Facebook Memudahkan Badan Kebajikan Mengumpulkan Dana Melalui Platform Mereka
November 19, 2015 Aman

Facebook mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna setiap hari – dan salah satu topik yang mendapat perhatian ramai adalah berkaitan dengan kebajikan. Terkini, dalam usaha memudahkan badan kebajikan mengumpulkan dana, Facebook menyediakan fungsi khusus bagi badan kebajikan tersebut menerima sumbangan daripada pengguna seluruh dunia.

Facebook Donate

Melaluinya, badan kebajikan boleh membuat pengumpulan dana daripada pengguna seluruh dunia, dan mereka turut boleh memaparkan sasaran yang ingin dicapai, serta berapa dana yang telah dikumpul.

Disamping itu, pihak Facebook turut memperkenalkan butang Donate yang lebih baik, membolehkan sebarang halaman menambahnya pada Facebook Page, dan menerima sumbangan daripada orang ramai.

Untuk menggunakan fungsi ini, badan kebajikan boleh mendaftar dengan pihak Facebook, dan menambah fungsi ini, sekaligus memudahkan mereka mengumpulkan dana pada platform sosial terbesar di dunia berkenaan.

Komen