Cari @ Amanz

Bagi pengguna Telekom Malaysia, anda mungkin mengalami masalah perkhidmatan termasuk dari segi telefon atau jalur-lebar sekiranya anda berada di Lembah Klang. Menurut pihak Telekom Malaysia, sejumlah MSAN (multi-service access node) mengalami kerosakkan yang membawa kepada gangguan perkhidmatan.

MSAN atau Multi-Service Access Node adalah salah satu peranti yang dipasang pada ibu sawat telefon (turut dikenali kabinet). Ia menghubungkan talian telefon pengguna kepada rangkaian teras – sekaligus menawarkan perkhidmatan telefon, jalur-lebar internet, dan sebagainya.

Disebabkan oleh kerosakkan yang berlaku ini, Telekom Malaysia mengatakan sejumlah pengguna di Lembah Klang menghadapi gangguan perkhidmatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd