Cari @ Amanz

25 ialah album terbaru dari penyanyi wanita terkenal Adele. Album ini sangat dinantikan peminat dan dijangka menjadi album terhangat 2015. Single pertamanya Hello kini menjuarai beberapa carta muzik di dalam dan luar negara. Beberapa minggu yang lalu terdapat ura-ura mengatakan album ini tidak boleh distrim oleh pengguna Spotify dan mungkin eksklusif kepada perkhidmatan Apple Music. Hari ini pihak pengurusan Adele mengesahkan 25 tidak akan ditawarkan pada mana-mana perkhidmatan penstriman muzik. Sekiranya anda mahu mendengar lagu-lagu baru dari album ini anda perlu melakukannya secara tradisional ialah membelinya secara fizikal.

Adele-25

Peminat Adele yang gemar menstrim muzik beliau pastinya kecewa dengan keputusan ini. Penstriman muzik adalah cara paling mudah untuk mendengar muzik tanpa perlu memuat turun secara haram. Tetapi apa yang dilakukan oleh Adele ini bukanlah perkara baru. Taylor Swift menghadkan penstriman album beliau kepada pengguna berbayar hanya di Apple Music. Hasilnya jualan minggu pertama album 1989 beliau sebanyak 1.2 Juta unit adalah yang tertinggi sejak 2002. Jelas sekali disini sekiranya anda seorang artis ternama, peminat sebenar akan membeli album anda dan tidak menstrimnya di atas talian. Sekiranya Taylor Swift mampu melakukannya pasti Adele juga boleh melakukannya.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd