Carian
Google Hangouts Kini Membolehkan Anda Menambah Rakan Tanpa Akaun Google Untuk Panggilan Video
November 20, 2015 Aman

Tidak lama sebelum ini, Skype telah memperkenalkan sokongan untuk pengguna tanpa akaun Skype untuk menyertai panggila video dengan klik pada pautan, dan tidak memerlukan mereka mendaftar akaun Skype. Kini, Google turut memperkenalkan sokongan sama pada perkhidmatan panggilan video mereka, Google Hangouts.

Google Hangouts

Menurut Google, menyertai panggilan video untuk tujuan perniagaan sepatutnya mudah – semudah sesiapa hadir ke bilik mesyuarat.

Dengan itu, Google kini membolehkan anda menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai panggilan video tanpa memerlukan sebarang akaun Google. Anda hanya perlu menjemput mereka melalui pautan khusus, dan mereka boleh klik padanya serta memasukkan nama mereka.

Anda yang memulakan panggilan video berkenaan akan menerima notifikasi sama ada untuk benarkan mereka dalam panggilan video ataupun sebaliknya.

Komen