Anda Boleh Pra-Tempah Samsung Gear S2 Hari Ini – Diskaun Sehingga 20%

Anda Boleh Pra-Tempah Samsung Gear S2 Hari Ini – Diskaun Sehingga 20%

Diterbitkan pada November 20, 2015 oleh .

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah membuka pra-tempahan untuk jam tangan pintar terbaru daripada mereka dengan rekaan skrin bulat, iaitu Samsung Gear S2.

Samsung Gear S220151116_154045

Samsung Gear S2 hadir dengan skrin berbentuk bulat, dan rekaan yang sangat cantik – berbeza dengan pelbagai jam tangan pintar lain di pasaran. Pengguna turut boleh mengawal jam tangan pintar ini menggunakan skrin sentuh atau menggunakan bezel pada bahagian luar yang boleh diputarkan.

Di Malaysia, dua versi Gear S2 ditawarkan, iaitu versi biasa pada harga RM1399, dan juga Gear S2 Classic pada harga RM1599.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan hari ini, anda akan menerima diskaun sebanyak 20%, dan turut menerima Wireless Charging Dock tambahan secara percuma.

Untuk membuat pra-tempahan, anda hanya perlu ke laman rasmi Samsung Malaysia, dan mendaftarkan diri, serta seterusnya membuat deposit sebanyak RM200 melalui PayPal.

Baca: Pandang Pertama Gear S2

Pra-Tempah : Samsung Gear S2


TIPS & ULASAN