Cari @ Amanz

Fungsi lampu suluh pada peranti pintar adalah sangat penting bagi kami. Di waktu malam apabila bayi terjaga fungsi ini membantu kami berjalan ke dapur untuk membuat susu. Inilah inovasi yang diperkenalkan oleh Nokia 1100 yang kekal sehingga hari ini. Tetapi lampu suluh LED pada peranti pintar kadang kala terlalu terang untuk kegunaan lain. Ianya menyilaukan serta menyakitkan mata. Oleh itu Luma, aksesori comel untuk peranti pintar ini dicipta.

Luma-Lampu-1

Ia adalah penyesuai yang membolehkan flash pada peranti menjadi sumber cahaya kepada sebuah lampu meja mini. Luma hanya perlu disambungkan ke bahagian flash peranti pintar dan anda akan mempunyai sebuah lampu meja mini pada kadar segera. Ia boleh digunakan oleh kebanyakan peranti pintar pelbagai saiz dan dijual pada harga $9 sebuah.

Luma-Lampu-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd