Google Play Store merupakan kedai kandungan digital milik Google, menawarkan kandungan daripada aplikasi, sehinggalah kepada permainan, buku digital, video dan sebagainya. Terkini, melalui Google Play Store 6.0, pihak Google telah mula memperkenalkan rekaan antaramuka yang baru dan sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
Melalui rekaan baru ini, Google lebih memudahkan pembahagian – dimana dua tab diketengahkan, satu untuk aplikasi dan permainan, dan satu lagi untuk kandungan digital berbentuk hiburan.
Pelbagai penggunaan warna elemen berbeza juga memudahkan lagi pengguna untuk mengetahui dan mengakses kandungan yang diminati mereka – sedikit berbeza dengan sebelum ini.
Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna, dimana beberapa peranti kami telah menerimanya, dan sementara beberapa yang lain masih menggunakan rekaan antaramuka yang lama.