Sony Malaysia Menawarkan DualShock4 Untuk PlayStation 4 Dalam Pilihan Warna Baru – Termasuk Emas

Sony Malaysia Menawarkan DualShock4 Untuk PlayStation 4 Dalam Pilihan Warna Baru – Termasuk Emas

Diterbitkan pada November 20, 2015 oleh .

Sony telah mengumumkan aksesori baru untuk PlayStation 4 beberapa bulan lepas bersama-sama pengenalan konsol PlayStation 4 1TB. Kini, selepas mula menawarkan konsol baru mereka, Sony juga turut telah mula menawarkan beberapa aksesori baru untuknya.

DualShock 4

Kini, DualShock 4 Wireless Controller hadir dalam tiga pilihan baru, iaitu emas, perak dan juga hitam. Ketiga-tiganya menawarkan sokongan touch-pad, dan hadir dengan speaker terbina – seperti alat kawalan asal PlayStation 4.

Disamping itu, Sony juga turut menawarkan DualShock4 edisi terhad, bertemakan StarWars.

DualShock 4 ini ditawarkan pada harga RM209 – dan boleh dibeli terus melalui laman jualan Sony Malaysia.


TIPS & ULASAN