LG Membatalkan Perancangan Untuk Memperkenalkan LG Watch Urbane LTE Untuk Pasaran Global
LG

LG Membatalkan Perancangan Untuk Memperkenalkan LG Watch Urbane LTE Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada November 20, 2015 oleh .

LG Watch Urbane LTE merupakan jam tangan pintar Android Wear pertama dilengkapi sokongan rangkaian data – jauh sebelum Google mengumumkan sokongan rasmi untuknya. Namun, tidak tahu mengapa, pihak LG hari ini mengumumkan mereka membatalkan perancangan untuk memperkenalkan LG Watch Urbane LTE untuk pasaran antarabangsa.

LG Watch Urbane 2nd Edition LTE

Pihak LG mengatakan mereka membatalkannya kerana beberapa masalah hardware yang dikenal-pasti, yang memberikan kesan kepada penggunaan harian fungsi-fungsi pada peranti berkenaan.

LG tidak memberikan info sama ada mereka akan memperkenalkan LG Watch Urbane LTE ini pada masa akan datang ataupun sebaliknya – dan hanya menekankan yang mana mereka inginkan semua peranti mereka mematuhi kualiti yang ditetapkan sebelum dipasarkan.


TIPS & ULASAN