Yahoo! Mail Menghalang Akses Pengguna Dengan Pemalam Ad Blocker

Yahoo! Mail Menghalang Akses Pengguna Dengan Pemalam Ad Blocker

Diterbitkan pada November 21, 2015 oleh .

Paparan iklan yang melampau dan terlalu banyak dibeberapa buah laman web telah membuatkan terhasilnya pemalam Ad Blocker untuk beberapa pelayar web utama yang menghalang paparan iklan. Ini membuatkan beberapa laman web terjejas pendapatannya, dan melihat kepada beberapa alternatif untuk mengatasinya.

Terkini, Yahoo!, melalui perkhidmatan emel mereka, Yahoo! Mail dilihat cuba mengatasi masalah ini dengan menghalang akses kepada sesiapa yang menggunakan pemalam Ad Blocker.

Beberapa pengguna telah mula melihat paparan mesej ketika mengakses Yahoo! Mail, meminta mereka nyah-aktifkan pemalam Adblocker terlebih dahulu sebelum menggunakannya – dan jika sebaliknya, mereka tidak boleh mengakses perkhidmatan berkenaan.

YahoO! Mail Adblocker

Pihak Yahoo! sendiri mengesahkan perkara ini, dan mengatakan sedang menguji perkara berkenaan melibatkan sejumlah kecil pengguna Yahoo! Mail.

Ia tidak diketahui apakah ia akan memberikan kesan positif kepada Yahoo! atau sebaliknya daripada perbuatan ini. Daripada respon ramai pengguna, ia dilihat ramai yang sanggup beralih perkhidmatan emel jika Yahoo! mengekalkan perkara ini.


TIPS & ULASAN