Asus VivoWatch Sedia Untuk Dipra-tempah – Berharga RM799

Asus VivoWatch Sedia Untuk Dipra-tempah – Berharga RM799

Diterbitkan pada November 21, 2015 oleh .

Asus Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser, memperlihatkan bakal memasarkan jam tangan pintar memfokuskan kepada mereka yang aktif. Hari ini, Asus Malaysia mengumumkan permulaan pra-tempahan untuknya, memperlihatkan ia akan dijual di Malaysia pada harga RM799.

Asus Vivowatch

Melalui Asus VivoWatch, pihak Asus menawarkan jam tangan yang boleh memantau kadar denyutan nadi, selain turut menyertakan beberapa sensor untuk memantau gerakan dan sebagainya. Asus VivoWatch ini menggunakan sistem operasi tersendiri, dna menawarkan masa penggunaan sehingga 10 hari lamanya.

Asus VivoWatch ini boleh ditempah di beberapa cawangan All IT Hypermarket hari ini dan esok, dan ia ditawarkan pada harga RM799.


TIPS & ULASAN