Persidangan 1AES Dilancarkan – Meraikan Budaya Keusahawanan Dan Idea Baru

Persidangan 1AES Dilancarkan – Meraikan Budaya Keusahawanan Dan Idea Baru

Diterbitkan pada November 21, 2015 oleh .

Bagi anda yang mengikuti arena startup dan keusahawanan di Malaysia, mungkin anda sedia maklum akan berkenaan persidangan 1AES (1ASEAN Entrepreneurship Summit) yang berlangsung sejak awal minggu ini. Hari ini, persidangan tersebut telah pun dilancarkan secara rasminya.

1AES

Melalui 1AES yang berlangsung di beberapa lokasi – dan lokasi utama di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, pelbagai acara diadakan untuk memupuk dan meransang budaya usahawahn. Pada masa yang sama, pelbagai bantuan turut disediakan, termasuk dari segi motivasi, khidmat nasihat – malah dari segi bantuan dana daripada beberapa pihak – seperti bank, agensi kerajaan dan beberapa yang lain.

1AES ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi dan mempromosi budaya keusahawanan dan idea baru, sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan baru di Malaysia, dan juga negara serantau yang lain.

Selain daripada itu, beberapa projek dan syarikat tempatan yang baru turut menyertainya dan membuka reruai mereka tersendiri dalam mempromosikan produk mereka, dan menerima maklumbalas dan idea daripada pengunjung umum.

Bagi anda yang berminat, anda masih boleh menyertai 1AES di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur – yang akan berakhir esok, 22 November 2015.

Layari : 1AES 2015


TIPS & ULASAN