Cari @ Amanz

Rdio sebelum ini telah mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan mereka selepas teknologi disebaliknya diambil-alih oleh Pandora. Terkini, pihak Rdio berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka untuk perkhidmatan penstriman muzik mereka.

rdio-malaysia

Menurut Rdio, mereka kini dalam perancangan untuk menamatkan keseluruhan perkhidmatan mereka. Sebagai langkah awal untuknya, pengguna tidak lagi akan dibilkan untuk perkhidmatan berbayar selepar 23 Novembr 2015 ini, dan semua akaun berbayar akan diubah menjadi akaun percuma.

Pengguna masih boleh kekal mendengar lagu melalui perkhidmatan Rdio buat masa ini, dan hadir dengan sokongan iklan. Pihak Rdio mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai apakah perkembangan lanjut – termasuk bila ia akan berhenti beroperasi sepenuhnya pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd