Perkhidmatan Perkongsian Gambar Molome Menghentikan Operasi

Perkhidmatan Perkongsian Gambar Molome Menghentikan Operasi

Diterbitkan pada November 22, 2015 oleh .

Kami yakin ramai yang sudah lupa ataupun tidak pernah mendengar khidmat perkongsian gambar Molome. Syarikat yang beroperasi dari Thailand ini pernah suatu ketika dahulu menjadi platform perkongsian gambar yang popular di kalangan pengguna Symbian. Ianya alternatif kepada Instagram yang pada waktu tersebut hanya wujud pada platform iOS. Molome kemudian berkembang dan menghasilkan aplikasi untuk Android, Blackberry, iOS dan juga Windows Phone. Sambutan pada awalnya menggalakkan namun selepas hampir lima tahun beroperasi Molome mengumumkan penutupan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan secara rasmi berhenti 20 November yang lalu. Kami sendiri berhenti menggunakan Molome selepas Instagram boleh dimuat turun pada peranti Android. Selama tinggal Molome dan terima kasih ke ata semua memori indah ketika zaman kami masih memiliki sebuah peranti Symbian.

MOLOME-end

 


TIPS & ULASAN