Semua 20 Universiti Awam Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Di Kampus

Semua 20 Universiti Awam Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Di Kampus

Diterbitkan pada November 22, 2015 oleh .

Penggunaan rokok sendiri adalah haram dalam kawasan universiti, dan ia tidak sesuatu yang asing untuk melihat rokok elektronik atau vape diharamkan. Terkini, Menteri Pendidikan Tinggi mengumumkan yang mana semua 20 universiti awam telah bersetuju untuk mengharamkannya.

Ini adalah salah satu usaha dalam mengekalkan universiti sebagai kawasan zon hijau, dan setiap universiti diberi kuasa autonomi untuk menentukan hukuman kepada pelajar yang melanggar peraturan berkenaan.

Pengumuman ini bukan sesuatu yang mengejutkan, tetapi mungkin diperlukan memandangkan sesetengah pengguna yang menggunakan rokok elektronik atau vape tidak mengambil sensitif kepada keadaan sekeliling ketika menggunakannya, yang memberi ketidak-selesaaan dan budaya yang tidak baik.


TIPS & ULASAN