MaGIC Memperkenalkan Pusat Keusahawanan ASEAN – Akan Memperluaskan Ke Lima Negara Pada 2016

MaGIC Memperkenalkan Pusat Keusahawanan ASEAN – Akan Memperluaskan Ke Lima Negara Pada 2016

Diterbitkan pada November 22, 2015 oleh .

MaGIC atau nama penuhnya, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia telah menyediakan pelbagai rancangan dan bantuan kepada para usahawan tempatan – dan sering menganjurkan beberapa acara dan persidangan membantu startup tempatan.

MaGIC ACE

Terkini, dalam usaha untuk terus membantu usahawan, mereka telah memperkenalkan Pusat Keusahawanan ASEAN (ACE). Melalui ACE ini, ia membantu sesiapa sahaja untuk mendapatkan bantuan untuk menubuh syarikat – termasuk daripada pendaftaran syarikat, membuka akaun bank, mendapatkan bantuan perundangan, pendaftaran IP, dan secara keseluruhan – MaGIC Startup Pass.

Melaluinya, MaGIC inginkan lebih banyak startup luar untuk membuka operasi di Malaysia, sekaligus membantu memperluaskan arena teknologi dan keusahawanan tempatan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh berkunjung ke pejabat MaGIC di Cyberjaya untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Selain daripada hanya menumpukan pasaran Malaysia, MaGIC juga turut mengatakan mereka menyasarkan untuk membuka Pusat Keusahawanan ASEAN (ACE) ini di lebih kurang lima buah negara pada 2016 kelak.

MaGIC Menyasarkan untuk membukanya di Singapura, Vietnam, Indonesia, Thailand, dan Filipina pada tahun 2016 kelak. Dengan fokus terhadap pasaran ASEAN, mungkin kita akan melihat lebih banyak negara turut menjadi sasaran pihak MaGIC ini untuk tempoh-tempoh akan datang.

Layari : MaGIC ACE


TIPS & ULASAN