Apple Mengesahkan Masalah iPad Pro Gagal Berfungsi – Sedang Menyiasat Mengenainya

Apple Mengesahkan Masalah iPad Pro Gagal Berfungsi – Sedang Menyiasat Mengenainya

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Pada minggu lepas, sejumlah pengguna telah mula mengadu pada laman rasmi Apple mengatakan iPad Pro mereka gagal berfungsi selepas melakukan pengecasan. Terkini, Apple telah pun menyediakan halaman sokongan khusus berkaitan dengannya.

Apple iPad Pro

Menurut Apple, mereka meminta pengguna iPad Pro untuk memulakan semula iPad mereka dalam bentuk force restart – iaitu dengan menekan butang kuasa dan juga butang Home untuk seketika selama 10 saat – sehingga anda melihat logo Apple.

Apple turut mengatakan mereka telah sedia maklum berkenaan masalah ini, dan sedang menyiasat berkenaan denganya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada ia berkaitan dengan masalah perkakasan ataupun perisian. Tetapi, kemungkinan besar ia berkaitan dengan perisian, dan mungkin Apple boleh mengatasinya dengan memperkenalkan kemaskini perisian untuknya.

Apple iPad Pro telah diperkenalkan untuk pasaran Malaysia sejak daripada dua minggu lepas, dan dijual pada harga RM3599.


TIPS & ULASAN